Adakah homeopati mitos atau sains

 

Homeopati telah melalui sejarah yang panjang selama 200 tahun yang lampau. Pelbagai proving telah dilakukan keatas manusia yang sihat untuk mendapatkan kesan tindakan ubat berdasarkan hokum similia similibus curantor .

Banyak kejayaan telah dicapai oleh homeopati di dalam merawat penyakit kronik mahupun akut yang berlaku dalam tempoh itu .

  • Antara yang menakjubkan berlaku pada tahun 1854 m apabila berlaku wabak kolera di London di mana kadar kematian yang dicatatan  di hospital perubatan allopati mencecah 51.8% sedang kadar yang dicatatkan oleh hospital homeopati hanyalah 16.4 % sahaja.
  • Pada tahun 1879 berlaku wabak epidemic demam kuning di New Orleans di mana kadar kematian di hospital allopati berjumlah 15% sedang homeopati hanya mencatatkan 5.6% sahaja .
  • Pada tahun 1930 W Persson menemui bahawa bahan ubatan homeopati boleh mempunyai kesan ke atas proses penapaian sesuatu bahan makanan berkanji oleh sesuatu enzim
  • Pada tahun 1900 statistik menunjukkan kadar kematian adalah lebih rendah bagi pesakit yang dirawat dengan homeopati berbanding perubatan allopati .
  • Pada tahun 1931 Paterson dan Boyd membuktikan bahawa seorang pesakit mendapat imuniti dari serangan diphtheria apabila dirawat dengan sejenis nosode homeopati diptherinum.
  • Pada tahun 1950 A. Gay dan J. Boiron dapat mengukur perbezaan antara kandungan air yang telah disulingkan dan sodium kloroid yang telah dilarutkan dan dicairkan menurut kaedah homeopati sehingga ke tahap avogrado (iaitu sehingga tidak tinggal sedikit bahan asal sodium kloroid selepas proses pencairan )
  •  Pada tahun 1991 British Medical Journal telah melakukan 107 ujikaji keatas ubatan homeopati . Hasilnya 81 daripada ubat terbukti mempunyai kesan positif di dalam merawat penyakit .

 

  • Pada tahun 1997 Lancet Medical Journal telah menyiarkan satu laporan tentang kesan ubat homeopati 2.45 lebih berkesan dari placebo.
  •  Baru-baru ini terdapat lebih 200 ujian klinikal yang menyokong keupayaan  bahan-bahan ubat yang diproses secara homeopati.
  • Satu kajian yang diselia oleh Dr David T Reilly di Glasgow Scotland telah membuktikan kesan posotif immunoterapi homeopati.

 

  • Satu lagi kajian oleh Dr Jennifer  Jacobs menemui remedi homopati mampu merawat  diarrhea atau berak-berak yang dialami oleh kanak-kanak sekitar umur 5-6 tahun .

 

  • Satu kajian rambang yang dibuat di Perancis  ke atas lebih 500 pesakit yang menghidap influenza didapati sembuh dengan remedi oscillococcinum.

 

  • Magnetik resonance imaging (MRI) telah menunjukkan bahawa ubat homeopati yang telah melalui proses pencairan sehingga tidak meninggalkan sezarah pun bahan asal ubat telah  menunjukkan satu imej elektro-magnetik yang unik daripa bahan asal ubat tersebut.Ini membuktikan kebenaran andaian di dalam perubatan homeopati yang mendakwa sesuatu remedi homeopati mempunyai getaran elektro-magnetik yang dapat menyembuhkan dan mempercepatkan proses penyembuhan berbanding ubatan yang berasaskan bahan asli sesuatu ubat  dan berupaya menyingkirkan kesan sampingannya .

Banyak lagi bukti klinikal keberkesanan ubat homeopati boleh dilihat dalam buku Homeopathy – science or myth ? Oleh Bill Gray M.D

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s