Ketulan di dalam buah dada

Seorang wanita datang menemui ku untuk mendapatkan rawatan .Wajahnya agak murung dan ketakutan . Aku menjemput dia duduk di atas sofa . Memulakan bicara aku bertanya kepadanya apa yang dapat aku bantu . Dia mula bercerita masalah dirinya yang mengalami ketumbuhan di dalam buah dadanya . Dia bimbang kalau – kalau ketubuhan itu adalah kanser. Setelah habis bercerita tentang sakitnya aku mula bertanya beberapa soalan yang berkaitan dengan mentalnya . Apa yang berlaku sepanjang tempoh beberapa bulan kebelakangan ini . Hubungannya dengan suami dan anak-anak. Suasana di rumah dan tempat kerja . Apa masalah yang dihadapinya .
Menurut beliau , dia mengalami masalah tidak dapat memenuhi impian sebagai seorang manusia untuk tinggal di rumah sendiri dan berkenderaan selesa dan agak baru kerana suaminya tidak bersedia untuk memenuhi kemahuannya . Selain itu di rumah dia tidak tahan dengan karenah anaknya yang agak aktif dan lasak suka bergaduh sesama sendiri . Beliau juga agak kepenatan menguruskan rumah tangga seharimalaman . Suaminya pula jika pulang dari kerja tidak mengambil berat akan dirinya dan anak-anak . Bila balik terus membaca surat khabar atau menonton tv dari petang bawa ke malam .
Lepas habis dia bercerita aku mula repertori Robin Murphy dan aku ketemu dengan beberapa penawar

Lump ( ketulan ) : phytolaca , sepia , pulsatilla , calcarea flourica .
Sedih murung , tidak puashati , mudah menangis : pulsatilla

Setelah membuat bandingan antara kelima remedi diatas gambaran tepat yang memenuhi simptom wanita tadi adalah pulsatilla.

Selang seminggu kemudian wanita itu menelefon ku dengan nada gembira dia mendakwa yang ketumbuhannya mulai mengecil dan susut separuh dari saiz asal. Aku beritahu dia supaya datang lagi lepas seminggu untuk medapat rawatan penutup.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s