Anak, isteri dan batuk

Baru ni aku telah pergi ke taman U untuk membeli sebuah komputer terpakai. Harga agak murah berbanding harga ia mula-mula dikeluarkan dahulu. Selepas membeli aku mengajak anak dan isteriku minum disebuah gerai berha piran kedai komputer tu. Sungguh nikmat minum air kelapa dan tebu ketika panas terik maklumlah telah seminggu tidak turun hujan.Terasa sungguh kesegaran di kerongkong ku apabila air sejuk menyentuh rongga-rongga kami. Malamnya dirumah isteriku mula terasa kerongkongnya perit dan sakit. tanpa membuang masa aku pun memberikan bryonia kerana dia mula sakit tekak akibat minum air batu. Keesokan harinya aku tanya dia samada sakitnya telah berkurangan. Jawapnya bellum ada perubahan positif bahkan dia mulai batuk yang agak menyakitkan . Selepas seminggu tiada perubahan bahkan batuknya menjadi-jadi dan menyeksakan. Aku mula revise balik simptom yang baru dengan lebih meluas .
1. Dia kata tekaknya sakit dan batuk kering dan tidak berkahak .
2. Bila nak batuk dia rasa seperti nak muntah
3. Bila bercakap tekaknya mula terasa sakit dan rasa nak batuk
Atas keadaan diatas aku pun buka repertori boricke. Kat situ ada puluhan pilihan ubat setelah disaring aku temui penawar yang meliputi simptom diatas iaitu carbo vegetabalis dan aku bagi isteriku satu dos carvbo vegs pada waktu malam. Kebetulan malam tu aku tidur awal dan jga pada jam 3 pagi untuk menyiapkan 100 remedi utama yang aku susun mengikut anggota tubuh badan yang diambil dari buku materia medica boerricke. Baru malam tu aku dapati isteri ku dapat tidur dengan agak lena.Syukur alhamdulillah akhirnya aku ketemu remedi yang tepat untuk sakit biasa yang mungkin selalu dialami oleh kita semua …….. batuk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s