Asma atau lelah

Pada hari ahad yang lepas aku di datangi oleh seorang yang aku tidak kenali. Sebeblum kedatangannya dia telah menelefon isteriku bertanya tentang perubatan homeopati. Isteriku menyerahkan telefon pada aku. Dia kata dia nak cuba merawat anaknya yang semput. Aku kata datanglah sebab masa tu aku memang tak de apa kerja tapi aku kata pada dia nak datang datang lepas 1/4 jam. Aku pun bersiaplah dengan dengannota dan bahan -bahan yang diperlukan.
Dia datang bersama suami dan dua anaknya. Aku lihat anaknya memang kelihatan takut dan lemah . masuk-masuk dia terus nak duduk diatas lantai aku kata duduklah diatas kerusi tu . Lepas tu akupun bertanya apa masalah bagaimana penyakit yang dihidapi anaknya. Ibunya bercerita yang anaknya menghidapi semput sejak berusia satu tahun empat bulan . Aku cuba tanya apakah penyebab anaknya mengalami semput tu dia kata tak tahulah tapi tiap kali semput suaminya akan terpaksa membawa anaknya ke klinik untuk mengambil oxigen . Aku tanya lagi apa agaknya keadaan yang membawa kepada keadaan tersebut , dia kata apabila anaknya makan gula-gula atau lasak bermain dan berlari semputnya akan datang. Bial ditanya bagaimanakah anaknya akan mendapat sedikit kelegaan kalau semputnya datang tiba-tiba jawabnya kalau anaknya membongkok atau menonggeng. Kata ibunya lagi ikut sejarah dia memang ada penyakit semput , mungkin sebab itu anaknya juga mendapat semput. Dalam keadaan ini aku terpaksa membuat keputusan yang tepat berdasarkan keadaan berikut :
1. Anaknya ketika itu sedang demam kepala dan badannya panas sementara kakinya sejuk .
2. Apabila bernafas dadanya berbunyi whizzing dan ada lendir di kerongkongnya
3. sakitnya melarat dengan melakukan aktiviti bermain yang lasak atau makan gula-gula
4. Anaknya kelihatan ketakutan takut kena urut
Ubat yang aku bagi ikut simptom tersebut acon untuk demam dan thuja untuk merawat semputnya diberikan selepas demanya berkurangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s