Tentang sihat


Apakah takrif sebenar sihat ? Bagaimanakah anda mentakrifkannya ?

1. sihat adalah satu keadaan anda bebas dari sebarang penyakit.
2. Sihat adalah satu keadaan wujud keseimbangan pada setiap organ tubuh dan sistem di dalam badan.

Atau adakah lagi takrif lain ? mari kita telusuri senario ini ….

Definasi pertama sihat mempunyai kesilapan asas iaitu ia cuba mendefinasikan satu keadaan utama melalui keadaan sampingan . sihat adalah keadaan utama. Ia tidak dapat sepenuhnya ditakrifkan melalui keadaan sampingan iaitu bebas dari sebarang penyakit .

Disana timbul persoalan lebih besar . Adakah keadaan bebas dari sebarang penyakit itu boleh diberikan sebarang nama
Saya tidak berfikir begitu terlalu ramai orang yang
yang mengalami penyakit yang tidak dikenali kerana namanya dan mereka bukanlah termasuk orang yang sihat . Jika seorang menayangkan segala perhiasan barang kemasnya kepada orang yang tidak mampu memilikinya. Dari segi fizikal ia tidak mempunyai penyakit, tetapi adakah dia boleh dianggap sihat kerana dia tidak menghidap sebarang penyakit yang dikenali.

Ada seorang lelaki yang kerjanya menghiris tomato . Dia pergi kerja setiap hari untuk melakukan tugasnya itu tanpa menghiraukan perkara lain . Dia tidak membantu isterinya . Dia berkelakuan seperti seolah isterinya seorang hamba. Dia tidak menghidap sebarang penyakit , adakah dia dianggap seorang yang sihat .
Sihat adalah satu kalimah yang elusif . Kebanyakan orang mengandaikan diri mereka sihat sebenarnya tidak.

Ramai orang menderita sesuatu penyakit yang dikenali sedangkan ia adalah sihat. Sihat adalah suatu konsep yang bukan setakat berkait dengan ketiadaan penyakit semata-mata
Sementara ramai orang merasakan diri mereka sakit tapi sebenarnya mereka adalah sihat.

Sihat adalah satu konsep yang tidak boleh dikaitkan dengan bebas dari sebarang penyakit atau organ yang berfungsi dengan baik atau mempunyai fikiran yang baik . Sihat adalah satu konsep yang holistik . Ia bersandar kepada manusia secara keseluruhan bukan hanya dari sudut fizikal yang boleh dilihat bahkan pada perasaannya apa yang ia rasakan .

Untuk melihat sihat dari perspektif yang lebih luas kita perlu melihat dari tiga sudut :

– Kesihatan emosi
– Kesihatan mental
– Kesihatan fizikal
Kesihatan fizikal

Kategori kesihatan ini mungkin termudah untuk didefinasikan dan juga barangkali ia paling sukar untuk difahami . Kesihatan fizikal boleh didefinasikan apabila seluruh anggota tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna lagi harmoni. Ini merupakan satu definasi yang mudah tetapi kebiasaanya ia meliputi beberapa perkara berikut :

 Seluruh bahagian tubuh mestilah wujud
 Kesemuanya berada pada kedudukan semulajadi
 Tiada satupun mengalami gangguan patologi
 Kesemuanya melaksanakan fungsi fisiologi dengan baik
 Wujud pertalian yang baik antara setiap anggota tubuh

Ia mungkin suatu yang ideal tetapi definasi diatas tidak meliputi seluruh yang dimaksudkan dengan kesihatan . Sering kita dapati seseorang yang menghidap demam setiap kali datangnya sesuatu musim atau setiap kali perubahan cuaca. Sudah menjadi kebiasaan kita akan mendapati jawapannya mudah iaitu mereka ini mempunyai sistem kekebalan yang lemah . Tetapi satu fakta penting yang perlu kita terima mereka ini mempunyai jumlah bilangan darah yang normal dan hasil ujian imuniti mendapati mereka adalah normal

Jadi apabila manusia ini tidak mengalami demam mereka adalah sihat mengikut definasi diatas. Tetapi ingat sistem pertahanan mereka akan ditembusi apabila mereka berada dalam keadaan stress. Jadi kita boleh menambah satu aspek lain kepada definasi diatas

 Sistem anatomi dan fungsi hubungan antara setiap anggota tubuh dan sistemnya mestilah kekal berada diluar tekanan stress.

Sekarang kita ada satu lagi kenyataan yang mengelirukan. Baca kenyataan dibawah dengan berhati-hati.

“ tidak jatuh sakit bukan lah tanda sihat seseorang “

Kenyataan ini hendaklah difahami dengan berhati-hati. Adalah satu kelaziman sekiranya seseorang mengalami demam , selsema atau sakit perut . Tidak pelik jika sesekali kita mengalami satu sakit akut. Juga suatu yang alami ( natural ) dan baik bagi sistem imun badan kita . Sesekali menghidap penyakit menjadikan sistem imun kita berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Tetapi jika kita lihat disekeliling kita ada orang yang tidak pernah atau jarang mengalami demam selama tempoh beberapa tahun. Tidak semua orang ini adalah sihat. Hakikatnya mereka ini adalah kurang sihat berbanding rakan-rakan yang sentiasa mengalami sakit-sakit akut.

Saya katakan demikian kerana mereka ini bukan manusia luarbiasa dan keadaan ini bukanlah bentuk sihat yang ideal .Satu kenyataan bahawa mereka sebenarnya mendapat kesan dari perubahan cuaca dan persekitaran dan stress.

Tetapi kesan dari persekitaran ini tidak dapat dilihat dari sudut fizikal. Ia kadangkala memberikan kesan pada mental dan emosi mereka. Mereka mengalami sakit tetapi tetapi sakit ini tidak dapat diihat dengan mudah pada pandangan fizikal .

Jika anda meneliti kenyataan saya tadi dan kemudian pergi ke tempat rawatan mental dan bertanya tentang kekerapan penghuninya menghidap sakit akut fizikal adalah amat rendah.

Sekarang mari kita lihat pula kepada kesihatan mental

Kesihatan mental

Apabila kita bercakap tentang minda , kita biasanya merujuk kepada keupayaan kita untuk mengerti , memahami , berfikir , menimbang dan mengingati – iaitu satu kemampuan intelektual dan mentaakul . Sekarang kita berhenti seketika dan berfikir . Fikir tentang seluruh manusia yang anda kenal, mereka yang mempunyai pandangan yang pelik tentang insan disekeliling mereka , atau tentang budaya dan ideologi politik orang lain

Seseorang yang mempunyai pandangan yang bersifat delusi atau khayalan . Fikirkan tentang manusia disekeliling kita yang terpaksa kita menerima penjelasan beberapa kali supaya mereka faham apa yang kita terangkan .

Fikirkan tentang manusia yang tidak mampu berfikir sama sekali atau mereka yang berfikir terlampau mendalam . Ada juga manusia mangambil keputusan yang salah walaupun mendapat fakta yang betul .
Kemudian fikirkan pula tentang kanak-kanak di sekolah yang tidak dapat mengingati sesuatupun di dalam sesi persekolahannya . Atau seorang suri rumah yang mencari cermin mata sedang dia sedang memakainya .

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa insan-insan seperti diatas adalah mengalami sakit mental . Tetapi ini menunjukkan bahawa sesetangah manusia tidak berada pada kedudukan yang optimum dalam tahap kesihatan mental .

Saya tidak akan membicarakan disini tentang sakit mental yang membawa seseorang itu ke pusat jagaan pesakit mental kerana ia adalah dua keadaan yang berbeza walaupun mempunyai sedikit persamaan .

Tidak ada sebarang definasi yang tepat untuk menggambarkan kesihatan mental kerana ia mempunyai banyak kepelbagaian pada tahap fakulti mental manusia . Tetapi kita masih boleh menetapkan beberapa standard yang sesuai untuk kesihatan mental . Beberapa penanda aras kesihatan mental adalah

 Mempunyai kecekapan mental yang hampir sama dengan orang lain.
 Mempunyai kemampuan untuk mengerti sesuatu seperti hakikatnya dan tidak mengikut persepsi individu orang lain.
 mempunyai kemampuan untuk memahami struktur masyarakat dan kemampuan untuk memahami bunyi suara dan lain-lain bentuk komunikasi di dalam struktur masyarakat .
 Memiliki kemampuan yang sesuai untuk membuat pertimbangan buruk dan baik .
 Memiliki kemampuan untuk mengingat dan mengeluarkan maklumat yang dikutip melalui pengalaman dan pembelajaran.
Ini adalah sebahagian asas-asas untuk mentakrifkan sihat dari segi mental namun ia belum dapat memberikan ukuran yang tepat kerana keterbatasannya cirinya. Konsep tentang kesihatan mental ini sangat luas dan memerlukan sesbuah buku khusus untuk menerangkan tajuk ini .

Bagi sains perubatan moden ia tidak dapat menghukum seseorang itu berpenyakit mental selagi tidak ada tanda jelas pada seseorang pesakit . Tetapi jika kita lihat disekeliling, kita akan dapat lihat sebenarnya ramai pesakit mental yang berada disekeliling kita.

Sebab utama dikatakan begitu kerana apabila fikiran kita dijangkiti sakit mental , keupayaan kita untuk mencari sebab dan membuat pertimbangan juga terganggu . Selalu kita lihat seseorang itu tidak dapat menerima hakikat bahawa ia tidak berada pada tahap kesihatan mental yang optimum sehinggalah ia berubah menjadi lebih teruk dan tidak terkawal.

Sebagaimana kita lihat apabila berlaku perubahan pada fungsi biasa sesuatu organ badan, lalu kita anggap ia sebagai satu tanda penyakit begitulah juga jika berlaku tanda perubahan pada mental seseorang. Kebanyakan penyimpangan mental tidak dilabelkan sebagai sakit . Ia adalah satu penyimpangan biasa yang dapat dibetulkan melalui pergaulan dan terapi .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s