HOMEOPATI SEBAGAI ALTERNATIF SISTEM PERUBATAN SEDIA ADA

Hari ini ramai kalangan masyarakat yang salah faham tentang sistem perubatan homeopati . Ada yang beranggapan ia adalah perubatan tradisional sama seperti pawang atau dukun atau setaraf dengan singseh atau ayurveda . Salah tanggapan ini berlaku kerana kekurangan maklumat yang sampai kepada masyarakat tentang apakah sebenarnya sistem perubatan ini .

Hakikatnya homeopati merupakan satu sistem perubatan yang moden yang berteraskan kaji selidik yang bersifat saintifik. Penawar-penawar homeopati telah melalui satu sistem pembuktian yang dilakukan secara klinikal keatas manusia yang sihat .Sebelum dipastikan sesuatu penawar itu berupaya menyembuhkan sesorang pesakit ia perlu melalui satu proses dipanggil remedi proving . Proses ini dilakukan keatas orang yang sihat . Jika sekiranya remedi tersebut menghasilkan sesuatu simptom yang sama dengan simptom sesuatu penyakit maka ia dari sudut homeopati dapat meyembuhkan penyakit tersebut . ( dengan kuasa Allah )

Kaedah ini ditemukan semula oleh Dr Hahneman , seorang doktor perubatan di German . Ia dipanggil similar similibus curator iaitu serupa menyembuhkan yang serupa . Beliau telah mempelopori ilmu perubatan homeopati setelah mendapati pohon cincona (kuinin )menghasilkan kesan yang sama seperti orang yang menhidap penyakit cacar jika ia dimakan oleh orang yang sihat .

Apapun tanggapan masyarakat terhadap sistem perubatan ini , ia sebenarnya telah mendapat tempat di Erorah , benua Amerika , India dan Pakistan . Nama-nama seperti Dr Hahneman , Dr Kent , Dr William e Borricke , Dr Allen begitu masyhur di sana . Di Britain contohnya terdapat satu hospital terkenal iaitu Royal Hospital of Homeopathy yang menjadi pusat rawatan homeopathy bagi golongan diraja Britain dan rakyat kebanyakan .

Terpulang pada anda untuk menyakini perubatan ini atau sebaliknya . Jika dilihat pada masa hadapan mungkin ia mempunyai masa depan yang cerah di tanahair kita . Dengan ura-ura penswastaan hospital milik kerajaan , masyarakat mungkin mencari alternatif lain untuk merawat penyakit-penyakit kritikal mahupun kronik

Pada waktu itu ruang bagi sistem perubatan selain Allopathy mungkin memberikan jalan keluar untuk anda menjimatkan perbelanjaan kesihatan .Sistem perubatan seperti homeopati , ayurveda , singseh , perubatan tradisional melayu akan mendapat tempat dihati golongan yang memerlukan perkhidmatan kesihatan yang lebih murah dan efektif .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s