Bagaimanakah ubat homeopati dipilih untuk pesakit

Sebelum kita membincangkan perkara ini elok kita memahami beberapa perkataan asas dan definasinya.

Pengambilan kes : Proses perundingan antara pesakit dan homeopath dimana pesakit memperincikan masalah kesihatan yang dialaminya.

Materia Medica – Sebuah buku yang mengandungi maklumat tentang tindak balas ubat homeopati .

Repertory – Satu kamus seperti indek simptom.Setiap simptom diiringi dengan senarai ubat yang menghasilkan simptom tersebut semasa diuji keatas orang yang sihat.

Drug Proving – Satu proses di mana bahan ubat diberikan kepada sekumpulan sukarelawan untuk direkod segala simptom yang terhasil akibat pengambilan ubat tersebut
Sekarang kita beralih kepada bagaimana ubat homeopati dipilih untuk pesakit.
Apabila pesakit datang kepada homeopath untuk kali pertama, beliau akan disoal-selidik berkenaan tentang masalah kesihatan yang dialami.Pertanyaan itu meliputi tentang nama penyakit , tanda – tanda biasa dan simptom yang dialami oleh pesakit, keadaan yang membuatkan ia melarat atau melegakan, kesakitan lain yang dialaminya, faktor penyebab, faktor yang menyebabkan ia berterusan, fizikal dan psikologi pesakit. Proses untuk memahami pesakit ini mengambil masa yang agak panjang bagi penyakit kronik.
Selepasa homeopath mengumpukan segala maklumat ia akan menggunakan repertory untuk mencari apakah ubat yang menepati ciri-ciri yang dialami oleh pesakit . Kemudian homeopath akan menggunakan materia medica untuk memperincikan ubat yang paling sesuai untuk seseorang pesakit.
Dalam kes-kes akut seperti demam, batuk, cirit-birit, demam dan sebagainya maklumat yang terperinci tidak diperlukan. Simptom akut sudah cukup untuk memilih ubat yang sesuai untuk pesakit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s