Apakah homeopati

Definasi homeopati

Homeopati adalah satu sistem terapeutik perubatan yang bersandarkan kepada prinsip serupa menyembuhkan serupa yang bermaksud sesuatu bahan ubatan yang boleh menghasilkan sesuatu simptom pada orang sihat berupaya menyembuhkan simptom yang sama pada orang yang sakit.
Homeopati menc=sasarkan untuk membantu menggerakkan sistem pertahanan dan imuniti badan kita . Penawar homeopati dihasilkan daripada pelbagai tumbuhan, haiwan dan mineral. Penawar-penawar ini diberikan kepada pesakit mengikut keperluan individu seseorang dalam dos yang sanat kecil dan bebas dari toxic berbanding ubatan tradisional dan bertujuan untuk rawatan dan pencegahan . Ia bermula sejak 200 tahun yang lampau oleh
seorang doktor perubatan bernama Smuel Hahneman dan diiktiraf oleh WHO pertubuhan perubatan sedunia sebagai sistem terapeutik kedua terbesar di dunia.antara tahun 1792- 1842
Dahulu sistem perubatan yang lazim terdapat tidak berciri saintifik. Pengetahuan tentang anatomi, physiologi, patologi dan sebagainya tidak dimajukan lagi. Kebanyakan sains perubatan ini masih lagi di peringkat permulaan perkembangannya di abad ke 18. Kebanyakan organisme dan keadaan yang menyebabkan penyakit belum lagi diketahui hubung kaitnya oleh bidang perubatan . Jadi rawatan untuk kebanyakan penyakit adalah bersifat eclectic.
Setiap pesakit dirawat menurut dorongan hati dan kepercayaan . Metod seperti bekam, penggunaan dos asal raksa adalah rawatan yang biasa digunakan untuk merawat penyakit.
Dr Hahnemann sangat tidak berpuashati dengan pengetahuan yang terbatas tentang organisme manusia, proses penyakit dan kesan sesuatu ubat apabila digunakan. Jadi dia meninggalkan kerjaya perubatannya dan mula menterjemah untuk menyara keluarganya.
Ketika beliau menterjemahkan buku Dr Cullen seorang professor perubatan di sebuah universiti Hahnemann menemui satu penemuan Dr Cullen tentang tindakan cinchona bark ( bahan asal untuk menyediakan kuinin) di dalam merawat malaria.
Hahnemann tidak berpuashati dengan penjelasan Dr Cullen kerana banyak kandungan di dalam bahan tersebut tetapi tidak ada satupun yang menunjukkan tindakan yang merawat demam malaria.
Untuk mencari kebenaran, beliau telah menjalankan penyelidikan terhadap tindak balas cinchona bark dengan memakan bahan tersebut sendiri. Selepas mengambil ubat tersebut selama dua hari dia mendapati simptom malaria telah terbentuk pada tubuhnya . Beliau sangat terkejut dengan pemerhatiannya .
Dia mengulang ujikajinya terhadap kawan-kawan dan anggota keluarganya juga menghasilkan keputusan yang sama. Jadi dari pemerhatiannya dia membuat rumusan bahawa cinchona bark boleh merawat malaria kerana apabila ia dimakan oleh orang sihat ia akan menghasilkan simptom malaria .
Kemudian dia memulakan kajian terhadap konsep ini dengan lebih lanjut sekiranya prinsip ini dapat digunakan secara umum untuk ubatan lain . Ia menguji beberapa ubat yang diketahui manfaat perubatannya terhadap kawan dan keluarga dan dia mendapati bahawa ia adalah satu prinsip asas ( umum ) untuk setiap ubat . Beliau menamakan prinsip ini similia similibus curantur atau serupa menyembuhkan serupa .
Secara mudah ia bermaksud sesuatu ubat dapat menyembuhkan simptom pada seorang pesakit yang mana ia boleh menghasilkan simptom yang sama pada orang yang sihat. Ujikaji beliau telah diilakukan lebih 200 tahun yang lampau , sejak itu berjuta ujikaji telah dilakukan berasaskan prinsip yang ditemui oleh Dr Hahnemann.
Hari ini terdapat lebih 400 Kolej Perubatan Homeopati di dunia, lebih kurang 500,000 pengamal homeopatti dan jutaan pesakit yang mendapatkan rawatan homeopati. Perubatan Homeopati wujud di kebanyakan negara seperti India, Pakistan, dan Norway dimana statusnya dari sudut perundangan adalah sebaris dengan perubatan Allopati.
Selepas penemuan prinsip asas ini pada tahun 1792, Hahnemann telah mewartakan Homeopati sebagai satu sistem perubatan yang lengkap 50 tahun kemudian. Homeopati begitu popular di kurun ke 19.
Ia kemudian mulai merudum pada abad ke 20 apabial sains mula diterapkan dalam perubatan allopati seperti anatomi, physiologi, patologi, surgeri dan mengalami perkembangan dan kemajuan dari sudut penemuan ubatan moden seperti antibiotik, penahan sakit dan kewujudan syarikat insuran yang memberikan perlindungan kepada pesakit di bawah sistem allopati. Tetapi sekarang jelas kelihatan keterbatasan ubat moden yang dianggap wonder drug mula kelihatan dan dari sudut homeopati pula lebih banyak kajian saintifik dan klinikal sedang dijalankan dan ia mula menunjukkan kemampuannya untuk kembali mendapatkan semula tempatnya dalam dunia perubatan hari ini .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s