USAHA TERANCANG UNTUK MENGHALANG PERKEMBANGAN HOMEOPATI

Disini aku sertakan terjemahan artikel oleh seorang doktor perubatan di USA bertajuk great criminal 20th century tulisan Dr Elissa
Di amerika dan dibarat masyarakat ditanam dengan kefahaman bahawa perubatan moden adalah sistem perubatan yang teulung . Jentera propaganda digunakan untuk menyebarkan maklumat ini . Journal saintifik yang mempromosikan sesuatu ubat agar dapat diterima oleh masyarakt yang pada hakikatnya tidak lebih dari alat promosi oleh syarikat besar pengeluar ubat .
Ketika ramai saksi tampil untuk menunjukkan bukti berlaku kemelaratan dan kesan buruk pada pesakit yang menggunakan ubat moden serta banyak tindakan undang-undang diambil keatas syarikat ubat yang menyebabkan penyakit bertambah teruk , dan banyak diterbitkan buku-buku yang menyingkap bahaya ubat moden yang berteraskan dadah namun , kita dapat lihat syarikat pengeluar ubat dan pertubuhan kesihatan sedunia telah mengambil keputusan untuk mengawal pengeluaran makanan tambahan melalui codex dan perjanjian perdagangan antarabangsa dengan niat untuk mengekalkan pengaruh industri pengeluar ubat dalam dunia perubatan .
Mengapa ini berlaku ? Secara mudahnya kerana sebahagaian besar penduduk dunia menggunakan pelbagai perubatan alternatif dan apa yang mereka mahukan ialah kerajaan – kerajaan di dunia sekarang ini hanya menggunakan ubatan berpaten yang mereka hasilkan yang mampu menjana keuntungan besar kepada mereka .
Satu bentuk perubatan yang menjadi sasaran kawalan mereka adalah homeopati . Saya dan Elisa mempunyai minat yang mendalam terhadap homeopati dan kami sering menyuarakannya dimana sahaja .
Homeopati adalah salah satu perubatan yang boleh saya jadi
Elisa mempunyai sebab yang lebih peribadi untuk mendalami homeopati , . Sepanjang hidupnya dia mengalamai sakit akibat salah diagnos keracunan raksa hasil dari menampal gigi yang berlubang .
Dia kemudian telah didiagnos oleh seorang ahli homepati , dia akhirnya sembuh dari sakitnya . Selain dari itu beliau juga pernah mengalami kesan negatif akibat pengambilan ubatan seperti penicilin dan tylenol . Untuk mencari punca mengapa ia mengalami masalah tersilap didiagnos oleh doktor
selama tempoh tersebut dan mengapa dia merujuk kepada ahli hoemopati , seorang ahli falsafah yang membuat pengkhususan didalam diagnosis dan merawat secara perubatan kesan keracunan raksa lebih 200 tahun yang lampau
Menjadikan Elisa seorang ahli polisi kesihatan pada hari ini . Dia mendapat kepakaran dengan membuat kajian tentang sejarah ubat di Amerika dan bagaiman politik dan kelicikan segelintir pihak yang berkepentingan besar dalam industri perubatan mencipta mionopoli industri tersebut .
Cerita bagaimana mula-mula homeopati sampai ke Amerika , kemudian menjadi sistem perubatan kedua paling banyak diamalkan di sana dan mendapat tempat yang unggul di dalam masyarakat tetepi akhirnya dikuburkan oleh usaha syarikat farmasi besar dan sekutunya , AMA , dan pengamal perubatan Allopati , adalah menjadi sebab kepada tajuk artikel kami ( The Worst Crime of the 20 th Centery .
Sejarah ini mendedahkan bukti bagaimana kepentingan peribadi segelintir manusia menjadikan perubatan allopati memonopoli dan seterusnya menjadi penyebab kepada kematian kepada jutaan manusia dan jutaan lagi yang menderita disebabkan ubat .
Ketika sejarah berlaku , ia bermula pada pertengahan tahun 1800 , homeopati telah sampai ke persisiran negara kami dari tanah asalnya iaitu German seterusnya masayarkat mulai beralih kepada pengamal homeopati . Tidak hairan ubat allopati pada masa itu melimpahkan darah sehingga 32 aun dan memberikan ubat mercuri dipanggil calomel dalam jumlah yang besar kepada pesakit
Calomel menyebabkan pesakit mengalami lelehan air liur yang banyak dan doktor menganggap itu adalah tanda usaha mereka berjaya . Calomel dianggap sebagai ubat serbaguna dalam kes pendarahan , jadi oleh sebab itu perubatan homeopati berkembang dengan pesat .
Pengamal homeopati pada waktu itu mereka mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan berjaya menarik perhatian pesakit dikalangan ahli politik yang kaya dan berpengaruh dan masyarakat secara umumnya .
Lebih mengejutkan ramai pengamal perubatan allopati pada ketika itu yang jujur akhirnya tertarik dan menjadi pengamal homeopati .
Bukti yang menunjukkan homeopati berkesan tersebar luas . Korban kolera yang berlaku di Eropah dan Amerika pada tahun 1840 berjaya dikurangkan dengan jumlah yang besar berbanding kaedah yang digunakan oleh perubatan allopati .
Dalam tempoh yang singkat Homeopati berkembang ke New England , dan di negeri sebelah Atlantik . Sekali peristiwa berlaku wabak demam kuning
Dengan tertubuhnya American Medical Association pada tahun 1840 , pertumbuhan perubatan selain allopati mulai layu . Ia mengambil sikap keras keatas mana-mana pengamal allopati yang dalam masa yang sama turut mengamalkan homeopati . Kedapatan homeopath yang mendapat kelulusan dari univeristi terkemuka seperti Harvard dinafikan dari menyertai AMA .
Di dalam perjumpaan AMA , mereka mula membincangkan untuk mengeluarkan doktor –doktor perubatan yang mengamalkan homeopati dari menjadi anggota AMA .
Mereka mulai mengeluarkan artikel yang memburukan homeopati dengan mengatakan homeopati hanyalah satu ubat yang kosong yang tidak mempunyai kandungan perubatan yang berupaya menyembuhkan . Dalam masa yang sama syarikat – syarikat farmasi besar meraih keuntungan besar apabila mendapat kontrak besar membekalkan ubat mercuri yang digunakan dalam peperangan untuk merawat kecederaan akibat terkena peluru . Tindakan mereka juga sebagai usaha untuk menghalang penyebaran penawar homeopati yang lebih murah dan bebas dari kesan sampingan disamping menjimatkan kerana penawar ini tidak dipatenkan untuk membolehkan mana-mana farmasi mengeluarkan penawar tersebut tanpa membayar hak paten kepada pihak yang menemui kegunaan penawar tersebut .bersambung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s