Rawatan

Rawatan menurut Homeopati boleh dibahagikan kepad dua
1. Akut
2. Kronik

Rawatan akut memerlukan seseorang perngamal mengetahui 3 perkara utama yang dialami pesakit :
1.Etiology
2 .Sensation
3. Location
4. Modalitis

1. Etiologi
Maksud etiologi ialah punca atau perkara yang dialami oleh seseorang sebelum menghidap sesuatu penyakit.Contohnya seseorang itu stress lalu dia menghidap sakit kepala. Seseorang pelajar yang terlalu menumpukan fikirannya untuk menghadapi peperiksaan tiba-tiba dia mengalami sakit perut dan cirit-birit serta demam. Anda bertengkar dengan pasangan anda kemudian anda mengalami masalah sakit lutut yang amat sangat .
Menurut Homeopati kesemua perkara yang dialami oleh seseorang sebelum ia mengalami sakit perlu diambil kira dalam memberikan preskribing.

2.Sensation
Maksudnya bagaimanakah bentuk sakit yang dialaminya seperti sakit kepala seperti dihentak, berdenyut-denyut , atau menekan-nekan , atau sakit berbentuk perit , pedih , bisa , mengoyak-ngoyak , ngilu dan sebagainya

3.Location
Maksudnya kedudukan tempat di mana sakit itu berlaku contohnya dikepala sebelah kanan atau kiri, depan tengah atau di bahagian belakang.

4. Modalitis
Keadaan tertentu yang menyebabkan kesakitan itu bertambah melarat atau berkurang .
a. Masa
b. Cuaca
c. Posisi badan atau anggota
d. Bergerak atau diam
e. Mandi
f. Makan
g. Stimulasi luaran seperti dipicit , ditekan ,
dituam .
h. Tidur.
i. Berpeluh
j. Haid bagi wanita

Bagi sakit Kronik pula beberapa kriteria lain pula perlu diambil kira :

a. Sakit-sakit terdahulu
b. Keluarga
c. Sejarah hidup
d. Pekerjaan
e. Hobi
f. Hubungan seksual

Berdasarkan kepada faktor-faktor atau pembolehubah di atas rawatan ke atas seseorang pesakit adalah bersifat individual. Dua pesakit yang menghidap penyakit yang sama akan menerima ubat yang berbeza mengikut situasi yang dialami oleh kedua-dua mereka berdasarkan kepada pembolehubah yang disebutkan diatas tadi. Oleh itu pengamal homeopati tidak akan memberikan ubat ke atas seseorang pesakit hanya merujuk kepada nama penyakit yang dihidapinya. Kaedah inilah yang membezakan homeopati dengan sistem perubatan Allopati .

7 Respons bagi “Rawatan”

  1. syahid Berkata:

    saya mengalami kecederaan lutot a.c.l (lutot berbunyi pop)semasa bersuakan.doktor ingin melakukan pembedahan..adakah rawatan hemeopathy dapat mengubati kecederaan ini..dan mengelakkan dari pembedahan

  2. asdasda Berkata:

    asdasd

  3. asdasda Berkata:

    ape penyebab jerawat batu

  4. tina Berkata:

    saya telah melalui pembedahan membuang ovari kiri kerana sista yang bergerak. twisted. baru2 ini saya didapati ada lagi cyst disebelah kanan. apakah saya boleh mengandung lagi dalam waktu terdekat ini?

  5. siti zuraini Berkata:

    Assalamualaikum1 saya sudah berkahwin selama 6 tahun, tetapi sampai kini saya belum hamil. Adakah pihak tuan dapat membantu merawat masalah saya yang sukar hamil kerana saya mengalami masalah datang haid tidak teratur,

  6. mdarif Berkata:

    aku anak homeopati

  7. Anaemia « Mdarif’s homeopathy resourse Berkata:

    [...] Rawatan   [...]

Tinggalkan jawapan