Arkib bagi Kategori ‘PRINSIP DAN FALSAFAH HOMEOPATI’

Apakah Jenis penyakit yang boleh dirawat oleh Homeopati

Mac 4, 2008

Hampir setiap penyakit boleh dirawat dengan Homeopti . Tetapi homeopati lebih dikenali dapat merawat penyakit kronik . Sebab kenapa ia mampu merawat penyakit kronik adalah kerana ia menawarkan rawatan bersifat menyembuh bukan mengurangkan sakit terhadap penyakit yang diumumkan tidak mampu dirawat oleh sistem perubatan lain . Samada ia penyakit kulit , gastrik yang kronik , gangguan pencernaan , sindrom kelesuan yang teruk, migrain , asma , allergik, gangguan kitaran haid, gangguan hormon m arthritis, gangguan psikologi dan lain-lain. Kesemua penyakit tersebut telah terbukti mampu diubati dengan homeopati .

Satu-satunya had sempadan dalam rawatan homeopati ialah ;

1. Perubahan pada patologi dan struktur kasar .
2. Tenaga hayat pesakit yang sangat lemah
3. Kewujudan penyebab atau penghalang yang tidak dapat dielakkan pada penyakit tersebut
Kemudian homeopati juga dikenali kerana menjadikan kaedah pembedahan tidak diperlukan dalam banyak kes-kes yang ditemui . Kes-kes seperti tonsil , adenoid , appendik dan lain-lain telah berjaya diselamatkan oleh homeopati. Benign tumor dan batu karang juga dapat dibantu dengan rawatan homeopati yang berkesan .
Juga kedapatan di dalam dimana rawatan penyembuhan adalah hampir mustahil seperti arthritis , malignan dan lain-lain tetapi melalui homeopati ia benar-benar berkesan dan dapat meningkatkan kualit hidup seseorang pesakit tanpa meletakkan mereka berhadapan dengan risiko kesan sampingan seperti pada ubatan moden yang berasaskan penggunaan wonder-drug .
Hoemopati juga berkesan merawat penyakit akut ( datang mendadak ) Pemilihan penawar yang sesuai dan tepat biasanya mampu merawat dengan lebih cepat pesakit berbanding perubatan lain. Bukan itu sahaja rawatan yang tepat akan dapat mengelakkan penyakit yang dihidapi berulang-ulang kembali dan berubah menjadi penyakit yang kronik.
Sesuatu yang perlu diingat ialah apabila sesuatu kes itu tidak dapat diatasi ia bukan kegagalan homeopati tetapi ia adalah kegagalan homeopath atau pengamal homeopati itu sendiri. Kebanyakan kes kegagalan adalah kerana pemilihan penawar yang tidak bersesuaian atau pemilihan potensi yang tidak tepat atau pengurusan kes yang salah. Jadi jika anda tidak mendapat manfaat dari homeopati jangan salahkan homeopati tetapi salahkan Homeopath itu dahulu .

Apakah Miasm

Mac 4, 2008

Sejak menemui kaedah similar similibus curantor Dr Hahneman telah berjaya merawat pelbagai jtnis penyakit akut . Kadar penyembuhan juga adalah tinggi sehingga 90%.

Namun apabila berhadapan dengan kes kronik beliau merasa kecewa kerana gagal untuk merawat penyakit tersebut dengan berkesan .Lantaran itu beliau tidak berputus asa dan meneruskan kajian di dalam rawatan pesakit kroni dengan mengkaji buku-buku perubatan lama pelbagai bahasa , menyelidiki pengalaman tokoh kontemporari atau yang terdahulu di dalam merawat penyakit , pengambilan kes dengan lebih teliti .

Secara tidak langsung beliau telah meletakkan asas satu sistem untuk memeriksa pesakit secara hollistik Selepas 13 tahun mengisytiharkan law of similar 1805 barulah dia bertemu jawapannya . Beliau dapati sebelum seorang pesakit menghadapi masalah -masalah kronik dia terlebih dahulu pernah mengalami :

1. Penyakit tertentu yang tidak sempurna rawatannya

2. Pengambilan ubat yang tidak sesuai atau dos yang berlebihan

3. Pernah atau sedang tinggal atau kerja di tempat yang persekitaran tercemar

4. Memiliki gaya hidup tidak sihat seperti amalan pemakanan , amalan seksual dan tekanan mental dan emosi diluar kawalan

5. Memiliki keturunan yang berpenyakit samada sakit akut yang berulang dan juga penyakit kronik yang diwarisi

Untuk menjelaskan keadaan ini beliau mengutarakan konsep miasm . Miasm adalah istilah greek yang bermaksud kesan , bekas , cacat dan rosak . Dalam konteks ini, ia merupakan keadaan tubuh dimana sudah ada kesan atau bekas daripada penyakit yang pernah dialami seperti infeksi , trauma , atau keturunan yang tidak diubati dengan sempurna .

Keadaan ini seolah-olah seperti penyakit ini dipendamkan kedalam tubuh . Ini menimbulkan gangguan kepada fisiologi tubuh dan akhirnya timbul pelbagai rumpun simptom atau penyakit baru . Ini juga akan menjadi penghalang kepada remedi -remedi homeopati untuk bertindak mengatasi penyakit sedia ada, atau sudah ada suatu kecacatan pada fungsi tubuh atau organ yang menyebabkan ia mudah atau

Riwayat hidup Dr Samuel Christian Hahnemann

Mac 4, 2008

Beliau dilahirkan di Meissen berhampiran dresden di wilayah Saxony pada tahun 1755 m.

Pada tahun 1779 beliau telah tamat pengajian perubatan dengan cemerlang dan dianugerahkan Ijazah MD daripada universiti Vienna .

1784 – Beliau telah menerbitkan rencana bertajuk ” The treatment of chronic ulcers ” yang telah menjulang namanya .

1786 – Menerbitkan rencana bertajuk ” Arsenic “

1789 – Berpindah ke Leipsiq dan bekerja sebagai penterjemah buku-buku perubatan . Beliau menerbitkan buku berjudul ” Instrument to surgeons concerning the threatment of VD “

1790 – Kecewa dengan perubatan beliau beralih kepada penterjemahan . Semasa menterjemahkan ” Cullen`s Materia Medica ” beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Cullen mengenai tindakan Cinchona di dalam merawati penyakit malaria . Beliau seterusnya memulakan ujiannya yang pertama dengan mengambil cinchona .

1796 – Menerbitkan satu rencana di dalam Hufe Land`s Journal atas tajuk ” On a New Principle for Ascertining The Curative Properties of Drugs ” – hasil dari pengalaman beliau selama 6 tahun membuat kajian berlandaskan kaedah baru .

1805 – Menerbitkan rencana bertajuk ” On the Positive Effects of Medicine ” – mengisytiharkan Prinsip Similar – Similia Similibus Curantur ” sebagai satu undang-undang untuk aplikasi umum .

1808 – Rencana “On The Speculative System of Medicine esp. in connection with various system of medicine .

1810 – Menerbitkan ” The Organon of the Rational Medical Sciences” organon edisi pertama

1811 – Menerbitkan jilid pertama ” Materia Medica Pura “

1813 – Merawat tentera Napoleon yang mengalami tifoid setelah kalah perang Leipzig . Daripada 180 orang yang dirawat hanya seorang sahaja yang meninggal.

1815 – Dilantik sebagai pensyarah di Universiti Leipzig

1819 – Organon edisi kedua ” Organon of the Healing art “

1821 – Dilantik sebagai ahli perubatan Istana oleh Duka of Anhalt – Cothen .Menerbitkan jilid terakhir ” Materia Medica Pura ” yang mengandungi 64 remedi “

1828 – Menerbitkan buku ” Chronic Disease ” jilid pertama

1831 – Wabak taun melanda Eropah barat . Hehnemann berjaya merawat kebanyakan kes dengan angka kematian yang kecil .

1843 – Meninggal selepas beberapa bulan menyiapkan organon ke enam

Bagaimanakah ubat homeopati dipilih untuk pesakit

Disember 24, 2007

Sebelum kita membincangkan perkara ini elok kita memahami beberapa perkataan asas dan definasinya.

Pengambilan kes : Proses perundingan antara pesakit dan homeopath dimana pesakit memperincikan masalah kesihatan yang dialaminya.

Materia Medica – Sebuah buku yang mengandungi maklumat tentang tindak balas ubat homeopati .

Repertory – Satu kamus seperti indek simptom.Setiap simptom diiringi dengan senarai ubat yang menghasilkan simptom tersebut semasa diuji keatas orang yang sihat.

Drug Proving – Satu proses di mana bahan ubat diberikan kepada sekumpulan sukarelawan untuk direkod segala simptom yang terhasil akibat pengambilan ubat tersebut
Sekarang kita beralih kepada bagaimana ubat homeopati dipilih untuk pesakit.
Apabila pesakit datang kepada homeopath untuk kali pertama, beliau akan disoal-selidik berkenaan tentang masalah kesihatan yang dialami.Pertanyaan itu meliputi tentang nama penyakit , tanda – tanda biasa dan simptom yang dialami oleh pesakit, keadaan yang membuatkan ia melarat atau melegakan, kesakitan lain yang dialaminya, faktor penyebab, faktor yang menyebabkan ia berterusan, fizikal dan psikologi pesakit. Proses untuk memahami pesakit ini mengambil masa yang agak panjang bagi penyakit kronik.
Selepasa homeopath mengumpukan segala maklumat ia akan menggunakan repertory untuk mencari apakah ubat yang menepati ciri-ciri yang dialami oleh pesakit . Kemudian homeopath akan menggunakan materia medica untuk memperincikan ubat yang paling sesuai untuk seseorang pesakit.
Dalam kes-kes akut seperti demam, batuk, cirit-birit, demam dan sebagainya maklumat yang terperinci tidak diperlukan. Simptom akut sudah cukup untuk memilih ubat yang sesuai untuk pesakit.

Adakah ubat homeopati selamat

Disember 24, 2007

Ya , Ia biasanya selamat. Ubat homeopati diberikan di dalam bentuk separa physiological dos ( selepas proses pencairan ). Ia tidak mengandungi bahan kimia dan pewarna. Ia berkerja seiring dengan sistem imun badan dan tidak bertindak bercanggah dengannya. Kebiasannya ia tidak menghasilkan tindak balas terbalik (adverse reaction ). Ubat homeopati juga tidak mempunyai kesan sampingan dan tidak menyebabkan kerosakan struktur secara umum. Ia boleh diberikan kepada bayi yang sedang menyusu dan ibu yang sedang mengandung .

Namun ini tidak bermaksud ubat homeopati tidak ada kesan mudarat langsung. Ia tidak akan memberi mudarat sekiranya diberikan dengan betul mengikut potensinya pada tempoh tertentu dan di bawah pengawasan pengamal perubatan homeopati. Jika seseorang pesakit itu terlalu sensitif atau ubat homeopati yang digunakan terlalu tinggi atau terlalu rendah tahap kecairannya simptom ubat akan muncul pada diri pesakit jika diambil dalam tempoh yang panjang

Ubat homeopati mempunyai kesan yang amat mendalam dalam sistem tubuh manusia, jadi ia tidak boleh diambil tanpa sebarang pengawasan mereka yang berkelayakan.

Di kebanyakan negara homeopati wujud sebagai ( over the counter medicine ) yang mana ia tidak memerlukan preskrebsi doktor. Jika anda bercadang untuk menggunakan remedi homeopati sebagai perubatan di rumah ikuti garis panduan berikut :

- Jangan mencuba untuk merawat penyakit kronik sendirian
- Untuk kes akut gunakan ubat berpotensi rendah seperti 6c, 12c atau 30c.
- Jangan mengulang ubat lebih dari 4 kali sehari .
- Jika ubat tidak memberikan hasil yang diharapkan mintalah bantuan pengamal homeopati profesional .

Tidak ada di dunia ini sebarang unsur yang selamat seratus-peratus. Penggunaan remedi homeopati merupakan perubatan yang selamat jika diambil mengikut cara penggunaan yang betul.