Aku berasal dari Muar , seorang budak kampung yang dibesarkan di sebuah kampung bernama Parit Nipah . Pendidikan seperti orang lain dari sekolah rendah hinggal akhirnya aku melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah .

Di sana aku melanjutkan pelajaran dalam bidang Syariah dan Usul feqh . Selama enam tahun di sana termasuk dua tahun tahun di sekolah menengah . Bila pulang ke kampung aku berkhidmat di sekolah arab Tanwiriyah Parit Jawa . Kemudian selang enam bulan aku mendapat tawaran mengajar di Kolej Islam Johor di Kg Aman , Larkin , Johor Bahru .

Sepanjang lapan tahun berkhidmat disana sesuatu yang baru dapat aku pelajari adalah sains perubatan homeopati . Setelah mendalami bidang perubatan ini aku berharap dengan blog ini aku dapat menyumbang sesuatu untuk masyarakat setempat . Aku mula kenal homeopati ni sebenarnya dah lama . Masa aku kecil dulu ayahku sering membawa aku ke Parit Kadi untuk mendapatkan rawatan dari Dr Syed Salim kerana sakit mataku. Masa tu ubatnya diberikan dalam bentuk tepung gula dibungkus dalam keras empat segi . Setiap kali makan kena buka satu bungkus . Masa tu mungkin belum ada teknologi menukar tepung itu kepada bentuk bebola . Masa tu sekitar tahun 1980an .

Aku start belajar homeopati ni pada tahun 2005 . Encik Zulkifli yang beria-ria mengajak aku masuk kelas homeopati siap dia dulukan duit dia untuk tarik aku masuk belajar . Mula – mula tu memang la agak ramai yang attend antaranya yang aku ingat Pn Hajjah Rohana ( sekarang dah pindah ke ibu pejabat KPYPJ) , Pn Syarliza ( la ni dah berhenti sebab ikut suami ke Jepun ) Kak Lijah ( guru kaunseling dan juga klien takaful aku ) Ustaz Ali Mohd Dun ( dah dapat jawatan sedap dekat UiTM Bandaraya JB ) , Ir Nasir ( pensyarah UTM berperwatakan Tabligh ) dan beberapa orang lagi .

Kursus dibuat dalam 6 modul sebulan sekali . Di akhir kelas dapat lah sekeping sijil perubatan Homeopati . Masa ambil tu rasa seronok juga sebab ambik kat hotel seri Malaysia . Masa tu cukup seronok sebab ramai orang lama-lama yang hadir untuk bermesyuarat . Aku ramai pengamal-pengamal homeopati ni yang dah tua-tua dalam lingkungan 50-70 tahun . Yang muda tak ramai so aku rasa excited sebab bertuah dipilih untuk mempelajari homeopati dari kalangan 26 juta rakyat Malaysia .

Setakat ni alhamdulillah selepas tiga tahun mengikuti kelas yang dianjurkan oleh sebuah persatuan Homeopati dapatlah aku gunakan untuk merawat sendiri diriku dan keluarga ku jika ditimpa musibah. Ada juga jiran-jiran terdekat dan sedara-mara yang mencuba  perubatan homeopati. Kesannya ada yang berjaya dan ada juga yang gagal tetapi jika mendapatkan rawatan susulan insya-Allah ia akan sembuh . Dalam tempoh tiga tahun juga aku telah tidak menjejakkan kaki ke lantai mana-mana klinik allopati . Bukan nak berbangga tetapi sekadar berkongsi pengalaman bahawa di dalam menjaga dan memulihkan kesihatan ini sebenarnya tidak semestinya melalui perubatan allopati semata-mata. Ada kes yang kelihatan amat sukar disembuhkan di dalam perubatan moden tetapi jika dirujuk kepada sistem perubatan alternatif ia amat berkesan dan dapat memulihkannya dalam tempoh yang relatif singkat . Sebagai contoh sakit mata yang menyebabkan mata merah perit bertahi dan sukar untuk membuka mata ketika bangun dari tidur . Sakit ini mengambil masa sehingga 6-7 hari baru sembuh sepenuhnya . Tetapi melalui pengalaman aku merawat anak dan muridku aku lihat ia mampu pulih dalam masa sehari sahaja . Menurut seorang pengamal homeopati yang berpengalaman belasan tahun memberikan rawatan dan beliau juga seorang H.A di sebuah hospital , jika seseorang dijangkiti denggi tempoh memulihkan pesakit tersebut memakan masa antara seminggu hingga dua minggu . Kata beliau ramai pesakit yang dirujuk kepada beliau untuk dirawat dengan homeopati mampu sembuh dalam tempoh antara sehari atau dua hari sahaja. ………. bersambung .

Penulis boleh dihubungi di talian 019-7676107
Lot 3665-B Kg Sinaran Baru
Jln Kempas Lama
Skudai , Johor Bahru

Satu Respons to “Biodata”


  1. Salam Pengenalan
    Assalamulailum wbt

    Saya tertarik dengan mukadimah enta untuk respond.

    Jemputlah ke premis saya beralamat

    penawar homeopathy sersi
    no.26 jalan dahlia 20,
    Taman dahlia, Tampoi
    81200 Johor bahru.
    Tel; 0137775233

Tinggalkan jawapan

  • Kelengkapan selepas bersalin

    wiladay2
  • Menyembuhkan luka bersalin dengan segera
  • Menaikkan semula peranakan yang sudah turun
  • Mengatasi masalah sakit buah dada (mastitis)
  • Menguatkan cantuman kulit yang dibedah
  • Mempercepatkan penyembuhan luka akibat pembedahan
  • Disclaimer

    Artikel-artikel tentang penyakit di dalam blog ini hanyalah sebagai koleksi maklumat untuk rujukan penulis blog dan tatapan pembaca, jika anda menghadapi masalah kesihatan rujuklah kepada pihak yang berkenaan dengannya .
  • Kiriman Terbaru

  • kategori

  • Blog Stats

  • Pengunjung

  • statistik II

    free hit counter code
  • Meta

  • Popular

  • Komen terbaru

    espritdcorp pada Metod merancang kehamilan…
    Ishak dan Sarimah pada Biodata
    mdarif pada Apakah Jenis penyakit yang bol…
    mai pada Apakah Jenis penyakit yang bol…
    kiz pada kembung perut
    kiz pada kembung perut
    Faren283 pada Jerawat Batu
    asdasda pada Rawatan
    asdasda pada Rawatan
    HASIDAH ABD GHANI pada Senggugut
  • Tulisan Terbaik

  • Iklan

    makanan tambahan untuk menambahkan kemampuan otak di dalam berfikir dan membantu proses pembelajaran anak-anak
  • Produk rakan-rakan

    botol32 Minyak yang mengandungi pelbagai khasiat untuk mengembalikan kesihatan
  • Blogger

    dscf0172