ANDA DAN WANG ANDA

Hari ini jika anda menyebut duit yang terbayang di dalam fikiran kita adalah sekeping kertas yang mempunyai corak , gambar dan warna tertentu serta nombor yang ditulis keatasnya nilai tertentu . Ada note bernilai RM 1 , RM 5 , RM 10 , RM 50 , RM 100 dan RM 1000. tanpa kita Berfikir wang itu beredar dari tangan ke tangan untuk mendapatkana barangan yang menyamai nilai muka yang tertera pada kertas tersebut . Ini kerana wang yang kita perolehi adalah pembayaran keatas nilai yang kita telah tetapkan atau ditetapkan oleh pihak lain ke atas khidmat yang kita jual . Seorang yang bergaji RM 3500 sebulan dan dia bekerja selama 20 hari seminggu bermakna dia menjual khidmat dan kepakarannya kepada majikan dengan harga RM 175 sehari atau RM 25 sejam .maka jika dia membawa wang sebanyak RM 100 bermakna dia membawa wang yang mewakili kerjanya selama 4 jam . Kerjanya itu jika ditukar dengan beras boleh membeli 4 kampit beras yang berharga RM 25 sekampit yang beratnya 10 kilo . Ini bermakna satu keping note RM 100 itu dapat membeli 40 kg beras kerana ada usaha dari hamba allah tadi yang bekerja selama 4 jam . Untuk memudahkan pemahaman saya tulis dalam ayat matematik
1 jam RM 25 = 10 kg beras
bila berlaku inflasi andaikan beras yang anda biasa beli dan makan meningkat menjadi RM 28 sekampit . Ini bermakna nilai wang anda telah menyusut sebanyak RM 3
ini bermakna juga nilai kerja anda bagi sejam telah menyusut kepada RM 23 sejam berbanding masa jam kerja anda selama sejam . Jika upah itu diukur dengan jumlah jam kerja anda ia tidak menunjukkan apa-apa perubahan . Tetapi jika ia dirujuk kepada nilai barangan yang ada dipasaran jelas nilai upah anda telah menurun .
Apakah yang terpapar di balik fenomena inflasi yang berlaku selama ini yang berlaku hampir setiap selang beberapa julat waktu . Selalu bila berlaku kenaikan harga barangan kita akan ditunjukkan oleh media massa kegiatan sang peniaga yang menyembunyikan stok barangan untuk meminta kerajaan menaikkan harga barangan selepas kerajaan menaikkan gaji pekerja . Untuk menyelidik perkara yang berlaku kita lihat pula nilai sebenar wang .
Baiklah cuba anda bayangkan wang kertas bernilai RM 100 itu tiada tertulis wang ini sah diperlakukan dengan nilai 100 ringgit berapakah sebenarnya nilai kertas tersebut . Nilainya mungkin kurang dari 20 sen setelah dicampur kos dakwat pencetak dan upah kilang pencetak . Setelah ditolak kos
RM 100 – 20 sen bermakna pihak yang mengarahkan pencetakan wang itu mengaut keuntungan sebanyak RM 99.80 apabila wang itu beredar di dalam pasaran . Wang sebanyak RM100 itu akan diterima sebagai upah oleh anda yang menerima gaji sebanyak RM 3500 Sebulan , RM 175 sehari dan RM 25 SEJAM . RM 100 itu juga akan beredar dipasaran selepas anda membeli beras sebanyak 4 kampit berharga RM 25 sekampit .
Untuk membeli sokongan orang ramai kerajaan sebagai majikan terbesar akan menaikkan gaji kakitangan awam sehingga beberapa persen . Dari manakah kerajaan hendak mendapatkan lebihan wang untuk menampung kenaikan gaji tersebut . Pembayaran gaji termasuk dalam perbelanjaan mengurus kerajaan . Satu lagi bentuk perbelanjaan kerajaan adalah belanja pembangunan . Jika belanja pengurusan adalah untuk menampung gaji kakitangan awam belanja pembangunan pula untuk memberi makan kepada usahawan ciptaan kerajaan yang terlibat dalam kontrak pembinaan apa apa projek kerajaan seperti jalanraya , perparitan , kelengkapan pejabat kerajaan dan sebagainya . Kedua – duanya dibuat untuk mendapatkan sokongan dari rakyat . Menjelang pilihanraya kerajaan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan melonggokkkan projek untuk kontraktor kelas A sampai F .
Misterinya dari manakah kerajaan nak perolehi wang bagi membiayai kenaikan gaji kakitangan awam kerajaan dan melambakkan projek . Tentunya cara paling mudah untuk mendapatkannya adalah dengan mencetak wang . Sejauh ini yang aku faham hak mencetak wang adalah dimiliki oleh kerajaan melalui bank negara yang ketika ini gabenornya adalah Tan Sri Zetti akhtar . Jadi bila- bila masa saja kerajaan memerlukan wang maka kerajaan boleh mengarahkan bank negara yang mana ia adalah sebahagian dari syarikat milik kerajaan untuk mencetak wang yang mencukupi untuk membiayai .
Jika mencetak wang adalah semudah dan semurah yang saya gambarkan tadi ini akan menjadikan kerajaan kita bebas dari hutang . Kenapa tidak dengan modal 20 sen kerajaan boleh mencetak wang bernilai RM 100 . ini bermakna jika kerajaan hari ini menanggung hutang lebih dari RM 400 Bilion dengan bermodalkan kertas berdakwat bernilai 20 sen kerajaan boleh mencetak wang 100 . kerajaan hanya perlu mengeluarkan sebanyak RM 800,000,000= 800 juta untuk mencetak wang untuk mendapatkan wang sebanyak mendapatkan wang sebanyak RM 400 bilion . JIKA semudah itulah untuk mencetak wang sudah tentu kerajaan akan mencetak wang sebanyak sebanyak 400 juta dan menyerahkan institusi yang memberikan pinjaman kepada kerajaan . Sudah tentulah hari ini kerajaan tidak perlu menanggung hutang dan membayar interest kepada institusi kewangan .
Ini menimbulkan persoalan kepada aku benarkah kerajaan mempunyai kuasa untuk mencetak wang secara mutlak tanpa merujuk kepada mana mana pihak yang punya autoriti khusus dalam mencetak wang . Untuk menjawab persoalan ini aku cuba menyemak ke dalam akta bank negara . Ada dua point yang aku temui seakan boleh menjawab persoalan ini . Pertama dalam fasal capital bank negara . Semasa ditubuhkan modal berbayar bank negara adalah berjumlah RM 200 juta . 20% dibayar oleh kerajaan perseketuan dan 80% lagi dibiayai oleh sumber lain yang tidak dinyatakan siapakah dia .sila rujuk akta bank negara fasal modal bank negara .
Yang kedua syarat kepada bank negara untuk mencetak wang perlu menambah rezab matawang asing sebanyak beberapa persen .maknanya jumlah pegangan wang asing mestilah berkembang sejajar dengan pertambahan wang di dalam edaran di Malaysia . Sila rujuk akta bank negara fasal currency .

Persoalan milik siapakah bank negara ni . Kalau ikut perlembagaan ia adalah satu badan bebas yang tidak boleh dikawal oleh kerajaan ia juga tidak perlu membayar cukai kepada kerajaan untuk keperluan orang ramai . Bahkan kerajaan kena mendengar nasihat dari bank negara yang melibatkan penentuan dasar dalam ekonomi perbelanjaan negara seperti menetapkan kadar interest dan polisi monetary .
Bank negara berfungsi mengawal ekonomi negara secara makro dengan menetapkan jumlah tabungan dan pembiayaan , mengawal jumlah wang dalam edaran , mencetak wang .
Persoalannya disini adakah wang yang dicetak itu diberikan secara percuma kepada kerajaan untuk dibelanjakan . Atau kerajaan perlu meminjam untuk mendapatkan wang tersebut dengan menerbitkan bon yang mana akan dibayar oleh rakyat melalui cukai dan inflasi . Kalau mengikut dalam buku teks ekonomi memang tiada sebarang caj atau interest dikenakan kepada kerajaan . Tetapi kalau melihat kepada maklumat alternatif melalui carian di internet sememangnya kerajaan terpaksa meminjam untuk mendapatkan wang baru . Kalau mengikut model kerajaan USA tiap keli kerajaan mahu menambah wang untuk merancakkan ekonomi kerajaan akan menerbitkan bon . Federal reserve akan membeli bon tersebut dengan mencetak wang . Kemudian wang baru itu akan dimasukkan ke dalam bank perdagangan dan disahkan sebagai legal tender . Hutang mencetak wang itu pula akan dikenakan ke atas setiap warga USA . Mereka terpaksa membayarnya melalui cukai nyata dan cukai tersembunyi iaitu inflasi ( menarik nilai wang yang anda pegang melalui kenaikan harga barang )
Melalui sedikit penyelidikan yang aku buat aku cuba membuat perbandingan diantara wang di dalam edaran dengan jumlah wang yang berada dalam edaran . Cuba lihat jadual di bawah

jika anda perhatikan jumlah hutang dalam dan luar negeri senantiasa meningkat dan tidak pernah berkurang melainkan pada tahun 2005 dan 2006 .penyusutan itu berlaku ketika harga petroleum meningkat naik sekaligus membolehkan negara membayar sedikit jumlah hutang yang besar
. Namun jika dilihat kepada trend yang lebih menyeluruh dalam tempoh yang lebih panjang kelihatan hutang itu sentiasa meningkat dan terus meningkat .kita lihat pula jumlah wang yang beredar dalam edaran . Seolah – olah ada co- relation antara hutang negara dan jumlah wang yang dicetak . Semakin meningkat wang dalam edaran semakin meningkat jumlah hutang negara baik hutang dalaman ataupun luaran
Kemudian anda perhatikan pula inflasi yang berlaku di dalam negara . Kalau kita perhatikan dengan teliti barang – barang yang kita perlukan akan sentiasa kekal naik . Inflasi senantiasa berlaku setiap tahun . Jika kita perhatikan CPI atau indeks harga pengguna yang dikeluarkan oleh bank negara indeksnya sentiasa kekal rendah antara 2-3 % . tahukah anda bahawa angka itu walaupun kecil tetap menunjukkan ada peningkatan harga barang setiap tahun . Hari ini kalau harga barang RM 8.00 bermakna tahun sebelumnya akan ditolak sebanyak 2-3 % menjadi RM 7.64

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: