Ramai ibu-ibu muda yang mengalami kesukaran apabila bayi atau kanak-kanak mereka mengalami demam samada yang teruk , berkala atau disertai dengan jangkitan . Kegusaran mereka ini berasas kerana takut atau panik sekiranya anak mereka tidak dirawat dengan segera boleh membawa kepada keadaan seperti mengalami risiko kecacatan .
Ada juga yang mengalami gangguan tidur akibat si kecil yang sentiasa meragam ketika demam seperti sepanjang malam sentiasa merengik dan tidak mahu tidur lena sehingga ke pagi . Situasi ini tentunya menyebabkan ibu-ibu muda ini menghadapi tekanan di tempat kerja seperti keletihan , mengantuk dan rasa tidak selesa .
Pengalaman seumpama ini juga pernah dialami oleh penulis sendiri 6-7 ketika baru mendapat anak yang pertama . Kesukaran amat terasa apabila sianak meragam di tengah malam dengan suhu badan yang meningkat tinggi tentunya menimbulkan rasa cemas dihati kedua ibubapa . Dalam keadaan mengantuk terpaksa juga memandu untuk membawa anak ke klinik 24 jam yang berhampiran . Teknik paling shortcut yang dilakukan oleh doktor untuk menurunkan suhu kanak-kanak yang demam adalah dengan memasukkan sejenis ubat berbentuk bullet ke dalam dubur dan tak lama lepas tu suhu badan akan menurun .
Bagi demam yang lebih severe mungkin ada sesetengah ibu bapa yang pernah mengalaminya . Mahu tidak mahu terpaksa menghantar anak ke hospital daerah atau besar untuk mendapatkan rawatan intensif . Aku pernah melawat teman ku yang ketiga -tiga anaknya mengalami demam serentak , apa yang dilakukan oleh pihak hospital adalah menanggalkan pakaian anak-anaknya dan diletakkan di katil yang berpusing kipas syilingnya dengan laju dengan tujuan untuk menurunkan suhu badannya . sambil diberikan beberapa dos paracetamol mungkin dan tak lupa anti biotik untuk merawat jangkitan kuman .
Namun bagi aku cara paling mudah yang aku praktikkan mungkin dianggap kuno dan warisan orang tua – tua tapi amat berkesan . caranya mudah dengan menanggalkan pakaian anak dan hanya memakai napkin sahaja , kemudian ambil tuala dan rendam di dalam air kemudian tekap diseluruh badannya yang panas hingga suhunya menurun .
Kemudian untuk mempercepatkan proses penyembuhan aku akan berikan beberapa remedi homeopati yang serasi dengan keadaannya ;
Belladona : jika suhu badan sangat tinggi disertai dengan meracau , muka kemerahan , mata terbeliak . Juga jika dapat dipastikan bahawa demam itu disebabkan terdedah kepada suhu panas .
Aconite : diberikan jika demam disebabkan terdedah kepada angin sejuk kering samada malam atau siang hari .
Arnica montana : jika demam disebabkan si anak kepenatan bermain atau terjatuh lalu lebam atau terhantuk
Chamomilla : Jika demam disebabkan hendak tumbuh gigi dan anak kelihatan tidak mahu berenggang dengan penjaganya sentiasa mahu didokong
Rhus tox : jika demam berpanjangan dikhuatiri berlaku jangkitan kuman , ia berkesan untuk meredakan masalah anak anda .
Hasilnya alhamdulillah sepanjang aku menjaga anak-anakku yang pernah mengalami demam , demamnya itu tidak berpanjagan dan tidak sampai ketahap berlaku jangkitan . Biasanya paling lama pun kemelaratan itu hanya berlanjutan selama dua hari kemudian dia akan sembuh secara natural , tanpa perlu sebarang suntikan atau anti-biotik .
.
Gambar sample hiasan .
Rasai sendiri keajaiban homeopati










