Metod merancang kehamilan

if (WIDGETBOX) WIDGETBOX.renderWidget(‘ecff2db5-0e06-4782-bc24-26030fe8ddce’);Get the Safe Period Calculator widget and many other great free widgets at Widgetbox! Not seeing a widget? (More info)

Beberapa perkara yang boleh membantu wanita mengetahui hari-hari subur dalam kitaran haidnya untuk dia mengelakkan atau mendapatkan kehamilan. Seseorang wanita boleh mengetahui bilakah berlakunya proses peneluran ovulasi dengan memerhatikan carta perubahan pada badannya . Cara paling berkesan untuk mengetahui hari suburnya ialah dengan mempraktikkan  setiap teknik yang akan disenaraikan sebentar lagi .

Kesedaran tentang kesuburan meningkatkan kefahaman wanita tentang perubahan pada tubuhnya dan juga kitaran haid. Untuk mengelakkan kehamilan seseorang wanita boleh mengelakkan diri dari melakukan hubungan kelamin dalam tempoh tersebut atau menggunakan alat mencegah kehamilan ketika melakukan hubungan kelamin dengan suami.

Proses menyedari kesuburan bergantung kepada  fakta-fakta berikut :

  • Telur wanita boleh hidup di dalam tubuh selama12-24 jam Bagaimanapun untuk mengira tempoh kesuburan kita mengandaikan tempoh hayatnya 48 jam dengan andaian lebih dari satu telur yang dikeluarkan oleh seorang wanita .
  • Sperma boleh hidup di dalam rahim wanita selama 5 hari selepas hubungan seksual tetapi biasanya ia hannya mampu bertahan selama 2 hari . Kehamilan biasanya berlaku jika hubungan seksual dilakukan 3 hari sebelum ovulasi hingga 2-3 selepasnya
  • Waktu yang paling tepat berlakunya ovulasi tidak dapat dipastikan oleh itu usaha untuk mendapatkan kehamilan perlu dilakukan pada 2-3  hari sebelum atau selepas proses ovulasi.

Metod ini berkesan bagi wanita yang mengalami kitaran haid yang teratur . jika seorang wanita dapat mengenali tanda-tanda ovulasinya dan bentuk kitaran haid yang dialaminya metod ini dapat membantu dengan lebih berkesan dalam merancang atau mengelak  kehamilan

  1. Carta kalender

Dengan carta kalender seseorang dapat menjadikan jadual kitaran haidnya yang lalu sebagai panduan . Dia boleh mengira purata hari dalam kitaran haidnya dan meramalkan waktu dia akan mengalami kesuburan pada kitaran  akan dating. Mulakan menyimpan rekod kitaran haid anda untuk tempoh 8-12 bulan  berterusan . Atau bagi yang telah menyimpan rekod boleh melihat 8-12 bulan kebelakang. Hitung hari pertama anda mengalami haid sebagai hari pertama dalam kitaran. Apabila anda mengetahui tempoh kitaran paling panjang dan paling pendek   untuk tempoh tertentu maka anda akan mendapat formula untuk mengetahui bilakah hari subur anda .

Ambil tempoh paling panjang dan paling singkat , bagi tempoh paling panjang tolakkan dengan 18 hasilnya adalah hari permulaan kesuburan anda , kemudian ambil tempoh tersingkat kitaran haid anda dan tolakkan dengan 11 hasilnya adalah hari terakhir kesuburan anda.

Andaikan  tempoh dibawah sebagai contoh :

Mac    29 hari

April   26 hari

May    30 hari

Jun     31 hari

Julai   30 hari

Dalam contoh diatas  kitaran terpendek adalah 26 hari dan terpanjang adalah 31 hari . tolakkan 11 dari 31 dan  18 dari 26  hasilnya hari yang ke 8 hingga 20 adalah hari subur.

Sekiranya and telah merekodkan kitaran haid anda , anda boleh gunakan jadual di bawah untuk mengetahui tempoh subur anda .

Tempoh terpendek

Hari pertama subur

Tempoh terpanjang

Hari terakhir subur

21 hari

Hari Ke  3

21 hari

Hari Ke  10

22 hari

Hari Ke  4

22 hari

Hari Ke  11

23 hari

Hari Ke 5

23 hari

Hari Ke 12

24 hari

Hari Ke 6

24 hari

Hari Ke 13

25 hari

Hari Ke 7

25 hari

Hari Ke 14

26 hari

Hari Ke 8

26 hari

Hari Ke 15

27 hari

Hari Ke 9

27 hari

Hari Ke 16

28 hari

Hari Ke 10

28 hari

Hari Ke 17

29 hari

Hari Ke 11

29 hari

Hari Ke 18

30 hari

Hari Ke 12

30 hari

Hari Ke 19

31 hari

Hari Ke 13

31 hari

Hari Ke 20

32 hari

Hari Ke 14

32 hari

Hari Ke 21

33 hari

Hari Ke 15

33 hari

Hari Ke 22

34 hari

Hari Ke 16

34 hari

Hari Ke 23

35 hari

Hari Ke 17

35 hari

Hari Ke 24

36 hari

Hari Ke 18

36 hari

Hari Ke 25

Dengan menggunakan carta diatas , jika seorang wanita mengalami tempoh haid tersingkat 25 hari dan hari terpanjangnya 30 hari hari suburnya adalah antara hari ke 7 hingga ke 19 dengan mengira hari pertama adalah hari pertama dating haidnya .

 

kalkulator kalendar menentukan kesuburan

 

Bersambung …..


 

 

 

Dapatkan rawatan untuk mengusahakan kehamilan secara homeopati jika masalah kesukaran mendapatkan anak disebabkan oleh faktor ketidaktentuan period dan hormon .

About these ads

4 Responses to Metod merancang kehamilan

  1. mimi berkata:

    sekiranya air mani si suami tu cair,adakah besar kemungkinan menyebabkan sukar bg si isteri mengandung?bagaimanakah cara untuk menyelesaikan permasalahan ini?

  2. mas berkata:

    Saya menghadapi masalah kitaran haid yang sangat kritikal selepas berkahwin, semasa anak dara haid saya akan berlaku 3 atau 4 bulan sekali tetapi apabila sudah berkahwin 8-9 bulan sekali, adakah kerana faktor kerjaya saya yang sangat stress ataupun peningkatan berat badan? saya masih belum mempunyai zuriat setelah 3 tahun berumahtangga

  3. mdarif berkata:

    kitaran haid anda tidak menentu . masalah ini berkaitan dengan pengeluaran hormon yang tidak menentu yang disebabkan oleh pelbagai faktor . carilah pakar sakit puan yang boleh membantu anda atasi masalah ini .

  4. espritdcorp berkata:

    Kitar haid saya tidak tetap. Kdg2 sehingga 43 hari,atau 38 hari tetapi lately mcm kembali ke 33 hari. Jd, waktu subur yang dijangka mcmn?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: