Apakah jerawat
Jerawat adalah istilah umum yang digunsksn untuk bintit-bintit nanah yang yang terkumpul didalamnya . JIka jerawat itu terlalu teruk ia akan meninggalkan parut yang kekal.
Jerawat adalah gangguan keradangan kulit di bahagian kelenjar lemak dan bulu roma yang berlaku keatas sekitar 80% remaja berusia antara 12 hingga 24 tahun . Sewaktu baligh kadar hormone yang tinggi dikeluarkan oleh remaja yang perempuan dan lelaki. Ini menyebabkan berlakunya pengeluaran sebum yang banyak. Sebum adalah lendiran yang menutupi liang peluh lalu membentuk gelembung kecil di kulit lalu berlaku jangkitan disitu dan terbentuklah nanah. Hormon tidak hilang selepas dewasa . Ramai wanita mendapat jerawat ketika didatangi haid akibat pengeluaran hormone progesterone selepas berlaku ovulasi.
Jerawat adalah penyakit yang mengganggu kelenjar minyak dibawah kulit . Liang halus di permukaan kulit bersambung kepada kelenjar dibawah kulit . Kelenjar ini menghasilkan cairan berminyak dipanggil sebum.Liang-liang halus bersmbung kepada kelenjar oleh satu saluran dipanggil follicle . didalam follicle minyak membawa sel kulit yang mati ke permukaan kulit . Bulu halus juga tumbuh di celah follicle dan muncul di permukaan kulit . Apabila liang roma tersumbat lalu tumbuh gelembung (keletis). Kebanyakan keletis ditemui di muka , leher, belakang , dada dan bahu. Jerawat bukanlah satu gangguan kesihatan yang serius tetapi ia akan meninggalkan parut.
|
|
Apakah punca jerawat
Punca sebenar tidak diketahui , beberapa factor boleh dikaitkan dengan kemunculannya:
Activity hormone diandaikan menjadi punca seperti kitaran haid dan proses menjadi akil baligh .
Pertambahan hormone yang androgen yang menyebabkan liang minyak /lemak membesar menjadi besar dan menghasilkan lebih banyak sebum.
Pertukaran hormone akibat kehamilan juga boleh menyebabkan jerawat .
Factor lain ialah genetic . penyelidik percaya bahawa kecenderungan tumbuhnyanya jerawat juga disebabkan oleh keturunan , sebagai contoh beberapa kajian menunjukkan ramai pelajar sekolah mendapat mendapat jerawat mempunyai sejarah keluarga yang juga ada jerawat .
Berkumpulnya sel kulit yang telah mati
Wujudnya bacteria di liang peluh menyebabkan berlakunya allergic
Menggaru atau gores kulit boleh mengaktifkan jerawat
Memulakan atau menghentikan pengambilan pil perancang.
Keturunan dari keluarga.
Penggunaan sesetengah jenis ubatan
Mekap yang berminyak
Untuk sesetengh pesakit factor penyumbang mungkin :
Tekanan / himpitan : sesetengah pesakit mungkin mukanya dihimpit oleh helmet yang sempit , pengetat dagu, kolar dan seumpamanya boleh menjadikan jerawat menjadi melarat .
Dadah : Sebilangan ubatan mungkin menyebabkan jerawat melarat seperti mengandungi iodites , bromicle atau steroid yang diambil secara mulut atau disuntuk , namun kebanyakan jerawat tiada kena mengena dengan dadah.
Pekerjaan : sesetengah pekerjaan terdedah kepada minyak juga boleh menyebabkan tumbuh jerawat.
Pekerjaan : sesetengah pekerjaan terdedah kepada bahan industri seperti minyak boleh menyebabkan jerawat
Pathofisiologi
Rembesan berlebihan minyak dari kelenjar lemak diiringi dengan tersumbatnya liang roma oleh sel kulit yang telah mati .
Pengumpulan
Rembesan minyak dikatakan membentuk lapisan paling bawah yang menutup liang peluh . Ia menyediakan ruang yang baik untuk bacteria kulit bernama propionibacterium dan kulat malassezia menjadikan kesihatan kulit menjadi lebih sukar untuk dirawat .
Pelbagai bentuk dan tahap jerawat :
Jika gelembung itu berada dibawah kulit ia dipanggil comedo tertutup.
Comedo yang telah mencecah permukaan kulit dan membentuk gelembung dipanggil comedo terbuka atau blackhead kerana ia kelihatan kehitaman pada permukaan kulit . Warna kehitaman ini adalah disebabkan perubahan pada sebum kerana terdedah kepada udara.
Acne vulgaris
Jerawat yang biasa di alami apabila seorang telah mencapai akil baligh
Acne rosacea
Bintik kecil berwarna merah muncul di muka .
Acne keloidalis nuchae
Ruam atau bintik yang muncul disebabkan bercukur
Acne conglobata (Hidradenitis suppurativa)
Jerawaat yang menimbulkan bengkak bernanah tumbuh di punggung , bawah lengan atau celah kelengkang atau dibawah tetek wanita .
Acne cosmetica
Jerawat yang timbul disebabkan mekap
Acne fulminans
Jerawat jenis conglobata yang teruk
Acne medicamentosa
Jerawat yang tumbuh disebabkan mengambil atau menghentikan pengambilan ubat .
Baby acne
Ruam yang kelihatan di pipi atau dagu atau atas kepala bagi bayi yang menyusu.
Chloracne
Jerawat yang tumbuh disebabkan terdedah kepada klorin hidroncarbon seperti dioxin atau pcb.
Rawatan konvensyenal
Losyen jerawat yang boleh mengeringkan minyak dan membunuh bacteria serta menghilangkan sel-sel yang mati .
Anti biotic yang boleh dimakan bertujuan untuk mengurangkan bacteria dan melawan keradangan kulit .
Isotretinoin : Untuk jerawat berbentuk cyst anti biotic tidak memadai . Isotretinoin sangat berkesan untuk merawat jerawat yang tidak mampu dirawat dengan anti biotic .
Ubat anti androgen seperti spironolactone ; untuk mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan tetapi mempunyai kesan sampingan menyebabkan haid tidak teratur , rasa sakit di buah dada , pening kepala dan lesu.
Pembedahan kosmetik untuk membuang parut jerawat .
Phototherapy
Terapi haba untuk membunuh kuman
Rawatan Laser
Rawatan Homeopati
Homeopati merawat pesakit secara menyeluruh . Proses pemilihan remedi dibuat berasaskan individualisasi iaitu dengan melihat kepada sejarah pesaki , konstitusi fizikal dan mental .Pesakit perlu menemui pengamal profesional
Antara remedi yang boleh diambil untuk merawat jerawat
Sulphur, Sanguinaria, Kali bromatum, Antimonium crudum, Asterias Rubens, Belladonna, Hepar Sulphur, Calcarea Silicata, Nux vomica, Arsenicum iodatum, Causticum, Chelidonium majus, Graphites, Psorinum, Sabina, Calcarea phosphoricum, Thuja occidentalis, Ledum palustre, Nitricum acidum, Bovista, Tuberculinum.
Cara mengelak jerawat
Sentiasa membersihkan muka dengan losyen pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda
Elakkan menggosok dan menyentuk kulit yang ditumbuhi jerawat. Menekan memicit atau mencucuk jerawat akan menyebabkan timbul parut yang sukat hilang
Berhati-hati ketika bercukur
§ Choose cosmetics carefully.
Pilih kosmetik yang sesuai dengan kulit anda .
Jika ubat jerawat yang dibeli di farmasi tidak berkesan jumpalah dengan pakar kulit yang berdekatan anda
Julai 17, 2008 at 8:58 am
Terima kasih atas pengetahuan tersebut…saya mempunyai permasalahan yang sama iaitu jerawat.Saya banyak mencuba perbagai produk namun hasil nya tetap tidak begitu memberangsangkan.Selain menggunakkan produt adakah cara-cara lain untuk menghilangkan jerawat mahupun jeragat?Adakah rawatan laser mampu untuk mengatasi masalah jerawat?Adakah rawatan tersebut akan meninggalkan kesan yang buruk kelak?Jika Ya apakah cara dan petua yang mudah dan sangat berkesan.
September 23, 2008 at 1:09 pm
jerawat batu menyebalkan banget sich!
http://melilea-organik.com/batu/jerawat-batu-pada-wajah.html
Oktober 29, 2008 at 6:06 am
hai,slmt tnghhari,adakh ubat ini betul-betul berkesan utk jerawat,boleh tunjuk kan butik supaya orang yang ingin mengunakan tidak takut,biasalah sekarang ni banyak sangat yang kena tipu,tapi bkn saya ckp km nk tipu org k………………jgn slh paham ya.TQ.
Oktober 29, 2008 at 6:50 am
THANKS WINNIE ATAS PERTANYAAN ,
Jika anda batuk dan pergi berjumpa doktor di klinik kemudian anda makan selang beberapa hari batuknya tak sembuh then anda jumpa lagi doktor berkenaan kemudian ambil ubat lagi then tak sembuh juga hinggga perbuatan anda mengunjungi doktor itu berulang berkali-kali adakah anda mengatakan ubat itu tipu atau doktor itu tipu .
Mac 20, 2009 at 4:30 am
terima kasih atas nasihat berikut.pada mulanya saya amat runsing kerana saya x pernah ada jarawat batu ini.walau apa pun terima kasih!!!!!!!!!!!
September 11, 2009 at 2:23 am
Hye~prtnyaan q ni sensitif skt~tp harap owner web ni dpt jwb~soalan sy~adakah masturbasi/onani ble mnyebabkn jerawat tumbuh?